1 x Sym Sport Rider 125i SE
1 x Televisyen 50 inch
1 x Peti Sejuk Pensonic
1 x Philips Steam Iron
1 x Telefon Samsung A15 5G
1 x Akaun Digital An-Nur Gold 2 gram

Akad Keahlian Waqaf An-Nur 

Saya dengan ini bersetuju membuat bayaran yuran Keahlian Waqaf An-Nur dan mewakilkan serta mengamanahkan kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad untuk mewakafkan yuran Keahlian Waqaf An-Nur saya demi kebajikan dan kepentingan agama Islam dan umatnya kerana Allah SWT untuk selama-lamanya. 

Hadiah Dan Kos Operasi Kempen Ini Tidak Menggunakan Yuran Penyertaan Yang Diterima.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan wakaf merujuk kepada sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai atau sesuatu yang diuntukkan bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam. Sebagai contoh, tanah wakaf ialah tanah yang diuntukkan bagi keperluan agama seperti untuk perkuburan, mendirikan masjid, dan lain-lain.

RUKUN-RUKUN WAKAF
Terdapat empat rukun wakaf yang menjadi asas pada perlaksanaan wakaf ini iaitu:

Apabila lengkap dan sempurna keempat-empat rukun di atas beserta syarat-syaratnya, maka wakaf tersebut adalah sah dan diperakukan oleh syarak.

Ibadah wakaf ini telah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sejak sekian lama setelah ia disyariatkan.

Diriwayatkan bahawa apabila Abu Talhah mendengar sahaja ayat 92 dari surah Ali Imran (rujuk ayat sebelum ini) maka beliau segera untuk mewakafkan harta yang paling disayanginya iaitu kebun Bairuha’. Kata beliau kepada Rasulullah SAW:


إِنَّ رَبَّنَا لَيَسْ أَلُنَا مِنْ أَمْوَالِنَا فَ أُشْهِدُكَ يَا رَسُولَ اللَّه أَِنِّي جَعَلْتُ أَرْضِي لِلَّهِ


Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan kita meminta untuk kita mengeluarkan infak daripada harta kita, maka aku bersaksikan kamu wahai Rasulullah SAW, bahawa aku menjadikan tanah ini milik Allah SWT (untuk diwakafkan). Riwayat al-Nasa'i (3602).


Selain itu, dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda mengenai amalan wakaf ini diberikan ganjaran pahala yang berterusan meskipun si pewakaf sudah meninggal dunia:


إِذَا مَاتَ ا لْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَ لَا ثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. Riwayat Muslim (1631).

Akhir kalam, semoga dengan sedikit pencerahan mengenai amalan wakaf ini, Allah SWT membuka pintu hati kita agar mula melakukan amalan wakaf yang banyak manfaatnya. Seterusnya dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi ummah dalam skala yang besar. Amin.

Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer yang dilantik sebagai Nazir Khas oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi menguruskan pewakafan di dalam bentuk saham.

Waqaf An-Nur yang beroperasi berlandaskan maqasid syariah kini lebih inklusif dengan membuka peluang kepada orang ramai untuk berwakaf melalui pewakafan yuran keahlian, program Hibah Lil Waqaf dan pelaburan unit Amanah Dana PMB An-Nur Waqf Income Fund.

WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD
Lot 1B, Podium 1 Menara Ansar,
65 Jalan Trus, Johor Bahru, Malaysia
No. Telefon: 07-297 2692

PROGRAM PEMBANGUNAN UMMAH

1. Kemasyarakatan & Kebajikan

2. Kesihatan

3. Pembangunan Sosioekonomi

4. Kerohanian & Keagamaan